Marvis
Marvis
Your friendly neighborhood AI
Feb 14, 2020 1 min read

BERITA RTM: Kaedah sewa beli dan pinjam 110% bantu miliki rumah

thumbnail for this post

SHAH ALAM, 13 Feb - 40 hingga 50 peratus permohonan belian rumah yang ditolak bank sebelum ini dijangka dapat diluluskan menerusi inisiatif bersama yang dibangunkan menerusi medium dalam talian, MHub.my

Sasaran utama adalah golongan B40 dan M40 yang ingin memiliki rumah sendiri.

Dalam perjanjian terbaharu, MHub bersama NewParadigm Capital Market akan membantu membiayai pembelian rumah pemohon.

Ini termasuk pemilikan rumah melalui kaedah sewa beli dan pinjaman penuh.

Pinjaman penuh 110 peratus meliputi kos guaman dan pembayaran cukai.

Ketua Pegawai Eksekutif MHub, Quek Wee Siong berkata, platform pembelian hartanah ini juga turut bekerjasama dengan Perbadanan PRIMA Malaysia (PR1MA).

Tahun lepas sahaja, MHuB telah berjaya membantu 14,000 pembeli rumah memiliki rumah idaman mereka melalui platform MHuB.

Perjanjian kerjasama yang ditandatangani antara Quek Wee Siong mewakili MHub manakala NewParadigm Capital Markets diwakili Pengarah Urusannya, Charanjeev Singh berlangsung di Shah Alam, Selangor.